Isnin, 27 November 2017

CEMPEDAK MADU KUALA KANGSAR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia. Hari ini teman nak kabo kat kome yang Kedai Buah-buahan Ali dah restocked buah Cempedak Madu. Stok adalah terhad 😊. Sekian

Memang Besar Buah Cempedak Madu Kali ini 👍
Antara Buah-Buahan Tempatan di Kedai Buah-Buahan Ali

Rabu, 22 November 2017

DURIAN KUALA KANGSAR

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia. Harini teman nak payung sikit gambo teman membaham buah durian keluaran Kuala Kangsar.

Mula-mula sekali , teman nak kabo kat kome semua. Kalau nak cari durian longgok mari la ke ' KEDAI BUAH-BUAHAN ALI '. Paling rancak buah berlonggok kalau tengah hari dan ke atas. Siapa cepat dia dapat. Kalau dah malam , biasanya buah baru dah sampai dan tak banyak. So, buah longgok mungkin takde. So, siapa datang cepat dia dapat. Sekian


Durian Kahwin memang Awesome

Fuhh kalau makan sorang memang tak mampu nak habis dibuatnya.

Selasa, 14 November 2017

DURIAN DI KUALA KANGSAR

Assalamualaikum W.B.T kepada semua umat Islam dan salam 1 Malaysia. Hampir setahun saya membawa diri jauh daripada dunia penulisan. Oleh itu, hari ini saya nak update entri baru. Zaman sekarang memang susah nak cari durian yang murah and cantik. Semua orang dah jual durian guna timbang. So, saya nak cadangkan tempat best kalau nak beli durian di Kuala Kangsar. Kedai tersebut masih menjual durian secara longgok dan menjual durian kahwin menggunakan timbang.

Saya dah lama jadi warga daerah Kuala Kangsar , Perak. So, saya memang dah biasa dengan sebuah kedai buah yang memang Top masa musim durian. Nama kedai tu " Kedai Buah-buahan Ali " kalau bukan musim durian, kedai tu cuma jual buah-buahan tempatan. Memandangkan musim durian selalu jatuh masa hujung tahun. Memang kena la kedai tu dijadikan destinasi untuk dilawati dan berbelanja di sana jika melancong ke Kuala Kangsar.

Kebiasaanya, kedai tersebut menjual pelbagai jenis durian. Contohnya, Durian Kahwin , Durian Kampung dan sebagainya. HEBAT BUKAN? Memang berbaloi and worth it la jika membeli durian di "Kedai Buah-buahan Ali" . Sekian

Sebarang Pertanyaan, comment je ✌

Antara Durian Yang Terdapat Di Kedai Tersebut. Majoriti Durian Kahwin. Contoh, D24 , Musang King dan Lain-lain

  
Penunjuk arah ke Lokasi Kedai Buah-Buahan Ali

Antara Durian yang Dijual secara longgok

Rambutan segar daripada Kuala Kangsar