Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia. Hari ini teman nak kabo kat kome yang Kedai Buah-buahan Ali dah restocked buah Cempedak Madu. Stok adalah terhad 😊. Sekian
Harapan Seorang Lelaki
Isnin, 27 November 2017
CEMPEDAK MADU KUALA KANGSAR
Rabu, 22 November 2017
DURIAN KUALA KANGSAR
Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia. Harini teman nak payung sikit gambo teman membaham buah durian keluaran Kuala Kangsar.
Mula-mula sekali , teman nak kabo kat kome semua. Kalau nak cari durian longgok mari la ke ' KEDAI BUAH-BUAHAN ALI '. Paling rancak buah berlonggok kalau tengah hari dan ke atas. Siapa cepat dia dapat. Kalau dah malam , biasanya buah baru dah sampai dan tak banyak. So, buah longgok mungkin takde. So, siapa datang cepat dia dapat. Sekian
Selasa, 14 November 2017
DURIAN DI KUALA KANGSAR
Assalamualaikum W.B.T kepada semua umat Islam dan salam 1 Malaysia. Hampir setahun saya membawa diri jauh daripada dunia penulisan. Oleh itu, hari ini saya nak update entri baru. Zaman sekarang memang susah nak cari durian yang murah and cantik. Semua orang dah jual durian guna timbang. So, saya nak cadangkan tempat best kalau nak beli durian di Kuala Kangsar. Kedai tersebut masih menjual durian secara longgok dan menjual durian kahwin menggunakan timbang.
Saya dah lama jadi warga daerah Kuala Kangsar , Perak. So, saya memang dah biasa dengan sebuah kedai buah yang memang Top masa musim durian. Nama kedai tu " Kedai Buah-buahan Ali " kalau bukan musim durian, kedai tu cuma jual buah-buahan tempatan. Memandangkan musim durian selalu jatuh masa hujung tahun. Memang kena la kedai tu dijadikan destinasi untuk dilawati dan berbelanja di sana jika melancong ke Kuala Kangsar.
Kebiasaanya, kedai tersebut menjual pelbagai jenis durian. Contohnya, Durian Kahwin , Durian Kampung dan sebagainya. HEBAT BUKAN? Memang berbaloi and worth it la jika membeli durian di "Kedai Buah-buahan Ali" . Sekian
Sebarang Pertanyaan, comment je ✌