Assalamualaikum W.B.T kepada sesiapa sahaja yang merelakan hati untuk lebih memahami bertapa pentingnya ibu bapa kita di dalam entri aku kali ni.Yang tak rela pun boleh baca juga HAHAHA 😜😜😜
Sebelum aku mengarut dengan lebih mendalam, aku akan keep focus to the topic without any obstruction. Cubaan untuk speaking meskipun seperti mencurigakan. Aku nak tanya ni, boleh ke mengkome semua? Kan dah keluar loghat perak tu. Korang mesti ada/pernah ada ibu bapa kan? Kan? Tipu arr kalau korang cakap tak pernah ada. Kalau tak pernah ada korang keluar daripada mana? Tanah? Hahahaha rileks dulu gurau gurau je.😀😀😀
Aku sebagai manusia manusia biasa yang sering melakukan kesalahan ni pun ada ibu bapa juga. Ibu ku dipanggil dengan panggilan ummi manakala bapaku dipanggil dengan panggilan ayah. Mereka berdua merupakan manusia ciptaan Allah S.W.T yang diamanahkan untuk mendidik adik-beradik aku untuk menuju ke jalan Allah S.W.T.😘😘😘
Rileks dulu kome, baru mukadimah je tadi tu. Tadi aku buka radio perak fm sementara menunggu masa untuk terlelap. Tapi aku terus segar dari rasa mengantuk apabila seorang juruhebah ni memainkan rakaman sebuah cerita seperti sebuah monolog seorang lelaki sebelum menjadi orang yang berjaya. Kisah lelaki tu membuatkan aku sedar bahawa restu atau keredhaan ibu bapa tu penting untuk menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat. Kan? Kan?
Cerita dia lebih kurang macam ni, dia(lelaki) berasa kesian melihat ibu dia menjaja kuih dari rumah ke rumah. Jadi, dia menggantikan ibu menjaja kuih tersebut. Apabila dia pergi menjaja kuih ada orang yang membeli kuih dan ada juga yang mencaci dia. Dia mula sedar bahawa bertapa sukarnya menjadi seorang ibu untuk menyara anak-anak yang sedang meningkat dewasa.ðŸ˜ðŸ˜ terasa kot kalau dengar kat radio tadi. Menitiskan air mata bro ,serius ni. Jadi , suatu hari ada orang kaya yang muncul kedalam kehidupan pemuda tersebut dan berhasrat untuk menawarkan sebuah bisnes beliau yang tiada sesiapa ingin mewarisi ia. Lalu pemuda itu berhasrat untuk menerima tawaran tersebut, namun dia memohon kepada orang kaya tersebut untuk memohon restu dari ibu pemuda tersebut terlebih dahulu. Lantas, orang kaya itu meluahkan rasa hati beliau bahawa pemuda tersebut adalah orang yang dia cari selama ini untuk mewarisi kekayaan orang kaya tersebut kerana pemuda tersebut lebih melebihkan ibu dia berbanding kekayaan yang berada di depan mata. Oleh itu, moral value yang kita dapat dari kisah yang diceritakan oleh aku sebentar tadi meskipun hambar cerita tu bagi korang mungkin?? Selain taat kepada perintah dan larangan Allah kita juga harus taat kepada ibu bapa kita yang telah bersusah payah untuk membesarkan kita. Aku pernah dengar dulu redha ibu bapa tu penting untuk kejayaan kita di dunia dan akhirat. InshaAllah semoga perkongsian aku harini dapat membuka hati kome semua hahaha.😀 #IslamAgamaku #JomBerubah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan